Faktor utama yang membezakan cara pembahagian tanah pertanian Malaysia dengan negara-negara lain adalah di mana peruntukkan tanah pertanian oleh Kerajaan Negeri MENGECUALIKAN Tanah Tuntutan Asli ("NCR") dan kawasan kampung. Walaubagaimanapun, kami tetap mengekalkan hubungan yang baik dengan masyarakat di sekitar ladang kami. Perhubungan yang mesra ini adalah syarat yang penting dipatuhi untuk pengikthirafan RSPO. Dalam linkungan kawasan ladang kami, terdapat tiga komuniti dengan populasi 200 orang.
Kita melaksanakan pelbagai inisiatif untuk komuniti di kawasan kami:
- Di antaranya projek penapisan air. Syarikat telah memasang sistem graviti air suapan bagi setiap tiga komuniti pada tahun 2009 dan 2010. Ini adalah kali pertama masyarakat di sini menikmati bekalan air minuman yang bersih dan konsisten.
- Perkhidmatan perubatan. Pegawai Perubatan Syarikat sering melawat kampung-kampung untuk merawat dan memberi nasihat kesihatan percuma. Vaksin untuk bayi yang baru lahir, rawatan selepas bersalin dan malaria hanya sebahagian rawatan yang ditawarkan. Kadang kadang, kenderaan syarikat digunakan pada masa kecemasan untuk menghantar pesakit ke hospital.
- Peluang pekerjaan. Kami menyediakan pekerjaan kepada semua penduduk masyarakat yang memohon dengan kami. Pada masa ini, kami menggaji kira-kira 20 individu dari masyarakat jiran.
- Subsidi benih kelapa sawit. Masyarakat juga menunjukkan minat untuk menanam sebab loji minyak sawit akan membeli hasil penanaman mereka. Syarikat menjual benih kelapa sawit dengan harga rendah dan sudi mengajar masyarakat cara cara penanaman yang efektif dan berhasil.
sumbangan akan disampaikan 100%nya kepada masyarakat tempatan.