Asian Plantations Limited adalah sebuah syarikat yang diperbadankan di Singapura, dengan anak anak syarikat di Malaysia yang dimiliki sepenuhnya. Ia terlibat dalam pemerolehan dan pembangunan ladang kelapa sawit di Sarawak, Malaysia.
Strategi syarikat adalah memperolehi tanah yang dizonkan untuk perladangan dengan harga lebih rendah daripada harga pasaran. Tanah ini boleh dibangunkan untuk menjadi ladang-ladang kelapa sawit yang berkualiti tinggi. Di Malaysia, tanah hakmilik persendirian untuk kegunaan agrikultur hampir kehabisan - kira-kira 60% daripada tanah di Malaysia dizonkan sebagai hutan simpanan. Oleh kerana itu, pengembangan industri pertanian terhad. Sebagai perbandingan, hutan simpanan di negara-negara barat seperti AS & UK merangkumi kurang daripada 25% jumpah tanah. Kami berpendapat bahawa Malaysia mempunyai potensi tinggi untuk pembangunan ladang kelapa sawit kerana undang-undang yang efektif, pembiayaan tempatan dan pelbagai alternatif keluar untuk tanah yang diladangkan.
Syarikat pada masa ini memiliki tiga buah ladang dengan jumlah keluasan 15.645 hektar (38.600 ekar):
- BJ Corporation: sebuah ladang dengan keluasan 4.795 hektar (11.848 ekar) di Sarawak, Malaysia terletak kurang dari 3 jam daripada bandar-bandar Miri dan Bintulu. Kami memperolehi tanah ini pada bulan Disember 2007 dan nurseri mula ditanam pada awal tahun 2008 (benih tumbuh di tapak semaian untuk 9-12 bulan sebelum ditanam di ladang). Kerja-kerja penanaman "in-ground" bermula pada Q1 2009. Kami menjangka untuk menuai "fesh fruit bunches" ("FFB") pada Q4 2010 dan akan ditanam sepenuhnya pada tahun 2011.
- Incosetia:dengan keluasan 5.850 hektar (14.455 ekar) terletak bersebelahan dengan ladang BJ Corporation. Kami memperolehi tanah ini pada Disember 2009. Sebahagian tanah (<1,000 hektar) sudah ditanam dengan pokok yang hampir matang. Oleh itu, kita sedang menuai FFB dari ladang ini dan menjualnya kepada kilang pemerosesan minyak sawit tempatan dan hasilnya adalah "crude palm oil (CPO)". Kami telah mula menanam di nurseri dan penanaman di baki tanah tersebut akan bermula Q4 2010. Kami menjangka akan siap menanam di estet ini menjelang 2012.
- Fortune: estet seluas 5.000 hektar (12.355 ekar) terletak sebelahan ladang BJ Corporation. Kami memperolehi tanah ini pada bulan Ogos 2010 dan sebahagian daripada tanah (kira-kira 1500 hektar) tersebut sudah siap siada untuk ditanam dan ini mengurangkan kos perbelanjaan. Kami telah mula menanam di nurseri dan jangka akan mula menanam di ladang pada Q4 2011. Kami menjangka akan siap menanam di estet ini menjelang 2013.
Ladang-ladang yang tersebut di atas mempunyai "agricultural title certificates" yang merupakan pengikthirafan tertinggi untuk syarikat-syarikat perladangan di Malaysia Timur di bawah Kanun Tanah. Walaupun sebahagian besar dari ladang kami masih dalam peringkat penanaman and penumbuhan , Asian Plantations kini merupakan syarikat perladangan lebih besar daripada syarikat lain yang dipaparkan di Bursa Saham seperti Unico-Desa Plantations Berhad.
Para Pengarah percaya bahawa pembangunan tanah perladangan untuk minyak sawit, adalah "sweet spot of agriculture investing" kerana kos untuk membangunkan satu hektar estet perladangan di Malaysia adalah kira-kira AS $ 7.000 "all-in" sehingga ianya matang dalam tempoh satu – tiga tahun. Kira-kira 2 / 3 daripada kos pembangunan ini adalah ditanggung oleh institusi kewangan tempatan dan luar negara. Minyak kelapa sawit bernilai antara AS $ 20,000 hingga AS $ 30,000 sehektar. Kami sentiasa mencari peluang untuk membeli lebih banyak tanah mineral - Asian Plantations tidak akan berladang di tanah "peat soil".
Kami sedang membina kilang "crushing mill" yang akan menggunakan teknologi terbaru "vertical sterilizer". Kami sedang dalam proses untuk mendapatkan kelulusan untuk membina kilang pemerosesan kelapa sawit sebanyak 90 - 120 tan sejam. Ianya akan menjadi salah satu daripada kilang pemerosesan minyak kelapa sawit yang terbesar di Sarawak yang, pada pendapat kami, menggunakan teknologi yang terbaru di rantau ini. "CPO" kemudiannya akan diangkut dengan trak ke Bintulu (kira-kira 100 km away). Bintulu adalah pusat utama penapisan minyak sawit mentah di Malaysia dan mempunyai pelabuhan "deep water". Dikelilingi dengan pelbagai kilang penapisan, termasuk yang dikendalikan oleh Wilmar International yang aktif bersaing untuk pembelian "CPO" dari kilang-kilang "crushing mill". Di sini, "CPO" adalah ditapis menjadi minyak masak dan lemak yang kemudiannya akan diekspot ke seluruh dunia (China, India, Amerika Syarikat, dll) untuk minyak masak, dalam makanan diproses dan produk konsumer seperti sabun dan syampu. "Edible oils" adalah satu komponen penting dalam "food chain" manusia seperti kanji atau protein. Lebih lebih lagi, kos minyak sawit adalah terendah dan dari segi pencemaran ke alam sekitar, ianya merupakan yang terendah untuk diproses untuk menghasilkan minyak dibanding dengan yang lain. Satu hektar kelapa sawit matang menghasilkan minyak "edible oils" sama banyak dengan 10 hingga 15 hektar soya, sesawi atau canola.